Thursday, October 19, 2006

IMAN, AMAL DAN TAKWA


Fazilat Kalimah Toyyibah

Hazrat ABu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sentiasalah memperbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasullah?”. Baginda s.a.w. bersabda, “Perbanyakkan ucapan LAILAHAILLAH [Hadith riwayat imam Ahmad]
Dalam satu riwayat, baginda Rasullah s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu. Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar.
Oleh itu, keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu tanda hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak tanda itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Kemudian keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.
Diterangkan dalam sebuah hadith bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia;
1. Berbahas dengan orang jahil
2. Melakukan banyak dosa
3. Banyak bergaul dengan wanita yang bukan muhram
4. Sering duduk bersama dengan orang yang mati. Baginda ditanya “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?” Jawab Baginda s.a.w “Setiap oragn yang kaya menjadi sombong dengan hartanya.”